31 October 2011

Thank you Paani dear...

Hye peeps..
As a girl mestilah suka kalau kita nampak cute right???Its hard to look cute in real world right but nevermind she(Paani) had succeeded in turning me into this cute cartoon and I really love it!!



                                                     
                                                                                 


Comel kan????Heeeee.....
Comel kan kalau boleh buat banner wedding korang macam ni???or kad kahwin...or apa2 jelah hehehe....

Kalau berminat boleh lah tempah dekat paani via http://paanipeace.blogspot.com/...Tak mahal pon satu artwork RM 10 je...


P/s:Macam mana nak letak gambar cartoon kat header macam blog paani tu eh???hmmmm.....@.@

30 October 2011

Learn to let go of the past..

 Dear diary....
Some words for myself..If you want to be happy,just learn to let go of the past. Dunno why I always cling to  past memories, to all the frustration, all my mistakes and wrong desicions I've made before..Can I graduate in time???Can I be happy like everyone else??Will I ever get hurt again???Will this and will that.....Im worried too much about the future.I tend to replay my past mistakes over and over again allowing the feeling of guilt,regret and shame fills my lung and shaping my present behaviour. Lately, I tend to be so emotional.Easily break down. Oh thats just not me but urghh...please Ira.Don't let the past ruin your future.You are strong and no one can change you!YES!!!!!!!!!!(overacting eh-_-").



P/s:Share my fav quote--->Right actions in the future are the best apologies for bad action in the past.






Went to my cousin's wedding last weekend.More pic will be update later;p

25 October 2011

sooooo trueeeee...

24 October 2011

Fitnah sebuah istikharah...



Sambil baca2 artikel dekat Saifulislam.com,tiba2 ternampak sebuah artikel yg menarik perhatian saya.tentang solat istikharah.Jadi saya share artikel disini dengan harapan kita semua dapat mengambil iktibar dan mengetahui makna sebenar istikarah....
“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”
Sepucuk emel dihantar kepada saya.
Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?
MEMBELAKANGKAN ILMU
Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan  petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”
Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH
Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:
“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.
Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]
KESIMPULAN
  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.
Credit:ABU SAIF @ www.saifulislam.com

22 October 2011

Quote of the day.....

16 October 2011

Sometimes when you give up on someone, it’s not because you don’t care anymore, but because you realize they don’t...

Addiction.

12 October 2011

Chicken soup of the family....

Morning guys....Its 8 am and I'm in the lab.I am yawning non stop eventhough I get enough sleep.Must be this lab I thought hihi..--not enough oxygen-__-"

Ok.Balik semula dekat topik kita for today.I have one story to tell you guys,and hope you  no WE can gain something from the story.Actually ini adalah kisah benar saya ye adik-adik.he..he...

Hmm,the story begin like this............
Masa mula2 dapat offer dari Prof Raja, dapat sambung master..I told my mum,and she was very happy.Mama memang nak I sambung study, for a better living she said. I told my mom, don't worry bout my fees or my expenses because Prof will give RM1500 to me per month. Of course she was relieved, bukan tak tahu anak dia ni dah lah kuat shopping,makan nak sedap2 je..boleh pokaiii..Time tu mama cakap,I need to give her money,RM 150 per month, and I say yes I will...dengan yakinnya.

Bila dah start lab, my life start changing. Dah jarang2 makan dekat cafe UPM.Mesti makan dekat luar. Kadang2 lunch hour tu pergi Midvalley, makan sedap2..so duit tersangatlah cepat habis.and my little evil heart start thinking,hmm..kalau tak payah bagi mama duit,mesti cukup duit..ada duit lebih nak shopping.At that time I don't even have a car, but duit habis macam air.Tak boleh nak simpan pun!But still I give 150 to my mom every month..dengan sedikit perasaan tak rela(sedikit ok)

Sampai satu masa, memang dah tak cukup duit sangat2.Nak mintak duit kat mama malu lah pulak.Apa lagi korek la buku ASB,yg ada tah berapa sen je time tu...So pendekkan cerita I went to CIMB bank and tunjuk buku dengan muka tak malunya pergi dekat kaunter and cakap..akak,boleh tak check ada berapa baki dalam asb saya,saya nak keluarkan berapa je ada.Rasanya ada la 50 ringgit kot.Bila kakak tu bagi penyata, tengok baki ada RM800lebih.Eh biar betullll*sambil gosok2 mata* tak percaya.Bila tengok balik, tiap2 bulan ada orang masukkan 150 dalam asb..

Then things started to fall into place. Few months before that, mama call.Banyak kali tanya number ASB.I'm not an organize people you know.I just campak2 semua benda so banyak kali mama tanya and banyak kali I bagi alasan sebab malas nak cari.and she was so determined she call everyday sampai I finally gave the number to her.Know what,the money that I gave her, she give to me back.Via my ASB..and me, the ungrateful daughter, had think before that I will have enough money if I dont need to give it to my mom.Shame on you Ira!

Soon after that, I called my mom.I told her don't ever give the money back to me.I really want she spent the money for herself.Its a little amount of money but I nak dia guna for herself.All her life, everything is about us.Mama marah,dia cakap actually dia tak nak pun duit tu but she worried that I spent all the money and I dont have any saving(which is true)..and I started to cry(ya i know.. drama queen eh) and told her."Next time kalau mama masukkan duit yg kakak bagi dalam ASB kakak, tak nak da balik kampung.Orang bagi dekat mama,mama bagi kat orang balik"..Mama pun gelak sebab I menangis macam orang gila and cakap "Ok2 lain kali mama simpan dalam bank RHB kakak pulak"..Aik sempat buat lawak orang tengah emo nih...

Start dari situ, every month bila elaun dah masuk, me, without hesitate akan masukkan duit dalam bank mama.Ikhlas.Without any thinking.Tell you, lepas dah ikhlas bagi mama,hati jadi sangat happy.I dah ada kereta,and semua orang pelik,macam mana duit cukup bayar kereta,broadband,makan,minyak???Well KEBERKATAN I must say..Every month ada je rezeki lebih..Alhamdulillah.And to you guys, bila kita dah start ada duit,jangan lupa dekat mak(ayah pun tapi sekarang ni boleh bagi mak je)..Tak boleh banyak,bagi sikit.Kalau mak taknak,belikan barang2 dekat dia.Make sure your mom is part of your budget.Kalau dengan boyfriend boleh beli barang mahal2,belanja makan sedap2,why not your mom.Yes dia orang ada lagi banyak duit, but tipulah kalau mak tak terharu kalau kita belanja dia.Kita INSIST nak bagi dia.

So thats all.Just nak share with you guys..Hope ia sangat berguna ye.Love your mom.Love your family..BYEEEE

11 October 2011

Quote of the day.....

Agree???

3 October 2011

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah...




1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.



2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.



3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari 


kiamat.



4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.



5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.



6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.



7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi 
kematian.


8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.



9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.



10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

P/s:Taken from Kak Mija's wall..

2 October 2011

Great weekend getaway..^.^

Had a blast at Pantai Morib yesterday.The pantai was't that good, but when you spend time with people you love,Pantai Morib suddenly feels like Pulau Perhentian!(Oh I've been exxagerating right?)-___-".I think thats enough talking.I'll just let you browse the photos.


Enjoy the moment!!

Activity 1: Picnic'ing'+ eating..hihi


Chubby Yasmin can't wait to' terjun' haha..

Got caught by Kak Efy haha..

Activity 2:Camwhoring with poser of the year....

Activity2: Play volleyball...

Chasing the ball..yahh..yah....

Showing off skill?Nah... I dont think so haha...

Time to go home..Byeeeee

The love of my life..Nomu nomu Saranghae...