21 August 2013

First update, after so long...Beli glass jar murah for doorgift!!

Hi...

Lama nya tak update blog. Bukan kata bersawang tahap bersemak samun dah ni. Tiba-tiba je rasa nak menulis.Hihi...Bila browse through entry lama2..rasa macam gila kelakar. Eh I tulis macam ni ke.Gahaha. Gila macam budak-budak. How time flies.

Untuk first entry, rasa macam nak update sikit pasal glass jar yang I beli hari tu. Glass jar ni orang buat as doorgift or packaging untuk bisnes ke..I beli as doorgift je,belum rezeki nak berbisnes soon Insya Allah.So lepas berbincang dengan mama..(mama  nak bagi tupperware kecik as doorgift, me nak glass jar), kiteorang decide masing2 beli ikut taste masing2..so I beli 525 glass jar, mama beli 475 tupperware plastic kecik dia tu. So bila I da decide nak beli glass jar, I terus google dekat mana nak beli glass jar yang murah. Google punya google, jumpa la satu blog B2B ni..rasanya blog dia ni famous jugak..So far bila compare2..rasanya glass jar tempat dia beli ni yang paling murah la. Dekat entry ni Shakina tu ada explain detail siap gambar.so here the link---->
http://our-wedding-journal.blogspot.com/2011/06/botol-jar-dari-quality-pack.html.

Okay berbalik kepada cerita i tadi, lepas google tempat semua, I called my friend yang nak beli jugak this glass jar. Senang je nak cari tempat ni, just guna waze je and off we go. Bila sampai dekat sana,korang akan deal dengan sorang kakak India ni,okay la so so je sebab kiteorang mintak diskaun tak dapat.Beli 1 pun harga macam tu..beli seribu pun harga macam tu jugak haha.Apelah strategi marketing diorang ni ek?? So end up Tira beli 700 glass jar bentuk hexagon and me beli normal glass jar je. Price vary dekt size and bentuk jar tu. Hexagon glass jar mahal, my friend beli 1.20 rasanya untuk size lagi kecil dari I punya.For me, I beli exactly macam yang ex B2B Kina beli..,so harga sebotol is 0.52 sen sahaja+penutup 0.19 sen. Pandai2 lah korang tambah ye. Hihi. Hope boleh tolong korang kat luar sana yang tak jumpa glass jar murah.Boleh lah beli dekat sini! Ini alamat dia.

No. 52, Jalan Puchong Mesra 1, Batu 71/2, Jalan Puchong, 58200, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-80763300.



 Picture ni I ambil from google je.Thanks tuan blog yang upload.

P/s: Second entry nak update about kedai jahit baju pengantin murah.hihi.

13 August 2012

Baju Raya.Boria raya.

Lama nya tak update pape dekat blog ni.Kesian je dia kena tinggal lama-lama.Even takde orang baca pun tapi macam satu kepuasan bila dapat update entry hihi.Padahal tuan blog takdelah busy pun tapi malas punya pasal bersawang lah blog ni kena tinggal haih.

Sekarang ni dah tak sampai berapa hari je nak habis Ramadhan.Tak sangka kan?Tak lama lagi raya pun da nak menjelma..Baju raya korang semua dah siap ke?hihi...Actually I'm not that type of person yang semangat cari baju raya,kasut raya or apa2 jelah yang berkaitan dan sewaktu dengannya.So my mom sangat lah memahami anaknya ini.Memang tiap2 kali raya dia akan tempahkan baju raya.Mama memang sangat suka belikan baju untuk anak dara dia dua orang ni.So macam tahun2 lepas,mama akan beli kain pasang and tempah.Selalunya for me and Yasmin,dia akan beli ala-ala...Same color....Memang terima je apa yang dia dah belikan hehhee...Macam biasa lah dah kalau taste mak-mak ni jangan haraplah nak dapat baju lace ke,baju kosong ke..memang baju corak penuh jela kan bunga2 gitewww....

So last week balik kampung mama pun cakap..kakak pergi bukak almari...baju tempah dah dapat.Okay.I pon lari laju2 muka eksaited nak tengok baju raya....Wahhh ada tiga pasang!!Test semua oh okay padann...Yasmin pun macam biasa interframe bawak keluar baju dia 3 pasang from almari and cuba2 jugak...Tiba-tiba.......................


..........................................................(senyap di situ ye)

Me: Eh Yasmin..kenapa baju Yasmin sama macam kakak??
Yasmin: Mana ada sama,baju kakak oren baju Yasmin pink.
Me: Ye lah..tapi kan sebijik corak nye ni???*Pandang mama*
Mama: Haah, Yasmin ni mama beli baju kakak semua dia nak yang sama jugak..mama belikan la sama.Tapi takpe.Semua color lain-lain.
Me: Gulppp...Semuaa????


Hmm...jadi..terhasil lah 3 pasang baju raya yang sebijik sama macam Yasmin adikku yang baru darjah lima itu.Wuuuuu...Boria lah kita...Nak cakap lebih2 takut mama kecik hati pulak...Yasmin...Yasmin...habis di sabotaj raya aku kali ni...haih...Nasib lah boria tahun ni..... -_-"

Apa-apa pun..thank you mama sebab still lagi belikan baju dekat kakak even dah umur 24 ni..Malu je...Mama doakan ye kakak cepat2 habis belajar nanti kakak pulak belikan baju mama ^.^

19 June 2012

Sebab kenapa tak boleh balik kampung minggu ni T.T

Minggu ni tak boleh balik kampung.Sedih okay.Average balik kampung bagi seorang anak emak is 2 kali sebulan (considering my money kalau tak memang tiap2 minggu balik).Tapi bulan ni baru sekali balik kampung.Dannnn semuanya salah DIA!

Okay DIA kat sini bukanlah Dhia yg dalam cerita Tentang Dhia ataupun dia yang teristimewa.Bukan bukan!tapi DIA itu adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Isnin -Prepare media kemudian lupa nak autoclave.Okay drag hari Selasa.
2. Tengah nak tidur.Okay teringat,eh kenapa aku double digest plasmid vector je?Patutlah check PCR ada satu band je.**Tepuk dahi.** Okay hari Rabu kena ulang cloning balik.
3. Rabu-Inoculate culture.
4. Khamis-Extract plasmid,PCR,double digest.Prepare skim milk agar.
5. Jumaat- D0uble digest,Ligation 16hour.
6. Sabtu-Transform.

Dah tuuuu transform pon hari Sabtu bila aku nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

DIA yg 6 ketoi kat atas mmang dengki kat aku.Tak suka tau.Wuuuwuuuuu.*mengadu kat mak heheh.

17 June 2012

Entry pendek.

Weh..seriously bila nak habis sekolah ni...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....Sekian.(betul2 pendek kan hehe)

Entry pendek.

Weh..seriously bila nak habis sekolah ni...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....Sekian.(betul2 pendek kan hehe)

7 June 2012

Panas hati!

Hari ni aku betul2 rasa nak mengamuk.Purify tak jadi (okeh nenek aku selalu tanya apa benda purify tu tapi sebab hari ni aku nak mengamuk taknak bagitau huh) and benda yang paling buat aku nak mengamuk is someone hurt my cousin (nama biarlah dirahsiakan).Dengar dia menangis dah cukup stab my heart.Aku pun rasa sakit apa lagi dia yang rasa.

Okay harini nak cakap bahasa melayu kasar , sebab marah ni marah ni (sila tahan aku sekarang jugak tak pasal2 ada orang lebam mata kena tumbuk).Heyy aku betul tak faham dengan budak perempuan ni, banyak2 orang kenapa tunang orang jugak yang kau nak menggatal weh? Tolonglah hormat kita ni kan sama2 kaum sejenis.Perempuan kot..Lagipun tak faham ke itu hak orang?Nak kata budak, umur dah 19. Dah tu kau kena tinggal kau menangis bagai nak gila lepas tu kau maki2 tunang orang balik?Ya ampun apa punya perangai lah?Sedangkan terang terangan dah bagitau itu adalah tunang dia.And aku tak salahkan perempuan tu je, dah dia dilahirkan gedik, tapi si lelaki pun sama. Susah sama2, dah bertunang,nak kahwin dah kenapa lah boleh layan perempuan yang terang terangan kau tahu perangai dia.Baik ke perempuan tu kalau dah tau orang dah menghampiri nak bina masjid tetiba kau selamber dek musnahkan??

Dear cousin...Ira harap jangan kamu sedih2 dah okay.Allah sayang kamu sebab tu kamu tahu lebih awal sebelum kahwin.Allah Maha Adil.Takpe kalau kamu hurt sekarang, takpe kalau kamu rasa oh dah susah sama2 dah senang kau melayan orang lain.Takpe.Sebab janji Allah itu benar.What goes around comes around.Tak payah susah2 mengharap dia kena balik.Sebab memang dia akan kena balik. Perempuan tu tak tau masa hadapan dia,nanti laki dia kena rampas baru dia tahu,tak payah nak sibuk cari balik orang yang kau buat melutut merayu minta maaf...yang si lelaki pulak ada mak,kakak,adik perempuan....Kau lari lubang cacing mana pun,Allah tetap balas.Kau tak takut rosakkan hubungan orang, tak takut hurt hati orang yg sayang kau,tapi Allah Maha Melihat.Tak esok,lusa korang kena.Dah tu jangan menyesal.

Dahla makan durian 4 bijik petang tadi memang panas ah!Dahla cukup sudah marah.Baik aku amik semayang solat sunat hajat supaya dijauhkan family aku dan aku serta kawan dari kena macam ni...For u my lovely cousin, you are beautiful,u got a good job..dont waste your time hurting.I know its hard Ive been through that before but sentiasa yakin dengan tuhan kita,Allah yg Maha Satu.He lost someone that truly loves him but you lost nothing.So dia yang rugi.I love u so much akak......

P/s: Mintak dijauhkan lah aku daripada menyakitkan hati kaum sejenis aku. Amin...

5 June 2012

Cravingsssss....

Ish lately ni tak tau kenapa pantang tengok makanan mata bersinar2...Semua benda nak makan tambah2 dikala duit di tahap hidup segan mati tak mau *eh betul ke tak peribahasa ni.ah tibai je lah. Tapi satu sifat aku, kalau dah tekak tu teringin,pejamkan mata je.Heeee...Hujung bulan kelam kabut korek ASB kikiki macam mana nak kumpul duit pinang imam muda niiiiii....So antara makanan2 y aku tak habis2 mengidam dan kecur air liur tengok is:

First:




Sobs menangis melihatnya.Gue mauuuuuuuuu!!!!!

Second: 
French toast with icecream




Yang ni aku dah dapat makan kat alamanda haritu.Sumpah sedap tapi mauuuuuu lagi....

Third:
Pavlova.Benda ini sangat manis tapi3 aku teringin jugak.Macam mana sobsssss T.T


Ermm takde sape ke yang nak belanjer aku.Tee hee.Terbongkar maksud sebenar tee heee.... :p