21 August 2013

First update, after so long...Beli glass jar murah for doorgift!!

Hi...

Lama nya tak update blog. Bukan kata bersawang tahap bersemak samun dah ni. Tiba-tiba je rasa nak menulis.Hihi...Bila browse through entry lama2..rasa macam gila kelakar. Eh I tulis macam ni ke.Gahaha. Gila macam budak-budak. How time flies.

Untuk first entry, rasa macam nak update sikit pasal glass jar yang I beli hari tu. Glass jar ni orang buat as doorgift or packaging untuk bisnes ke..I beli as doorgift je,belum rezeki nak berbisnes soon Insya Allah.So lepas berbincang dengan mama..(mama  nak bagi tupperware kecik as doorgift, me nak glass jar), kiteorang decide masing2 beli ikut taste masing2..so I beli 525 glass jar, mama beli 475 tupperware plastic kecik dia tu. So bila I da decide nak beli glass jar, I terus google dekat mana nak beli glass jar yang murah. Google punya google, jumpa la satu blog B2B ni..rasanya blog dia ni famous jugak..So far bila compare2..rasanya glass jar tempat dia beli ni yang paling murah la. Dekat entry ni Shakina tu ada explain detail siap gambar.so here the link---->
http://our-wedding-journal.blogspot.com/2011/06/botol-jar-dari-quality-pack.html.

Okay berbalik kepada cerita i tadi, lepas google tempat semua, I called my friend yang nak beli jugak this glass jar. Senang je nak cari tempat ni, just guna waze je and off we go. Bila sampai dekat sana,korang akan deal dengan sorang kakak India ni,okay la so so je sebab kiteorang mintak diskaun tak dapat.Beli 1 pun harga macam tu..beli seribu pun harga macam tu jugak haha.Apelah strategi marketing diorang ni ek?? So end up Tira beli 700 glass jar bentuk hexagon and me beli normal glass jar je. Price vary dekt size and bentuk jar tu. Hexagon glass jar mahal, my friend beli 1.20 rasanya untuk size lagi kecil dari I punya.For me, I beli exactly macam yang ex B2B Kina beli..,so harga sebotol is 0.52 sen sahaja+penutup 0.19 sen. Pandai2 lah korang tambah ye. Hihi. Hope boleh tolong korang kat luar sana yang tak jumpa glass jar murah.Boleh lah beli dekat sini! Ini alamat dia.

No. 52, Jalan Puchong Mesra 1, Batu 71/2, Jalan Puchong, 58200, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-80763300.



 Picture ni I ambil from google je.Thanks tuan blog yang upload.

P/s: Second entry nak update about kedai jahit baju pengantin murah.hihi.